 (1).jpg)
Membina Generasi Qawiyy Bermula Dengan Jiwa dan Kepimpinan Ibu Bapa
Program Online Untuk Ibu Bapa| 5 Jam
Tarikh: 31 Januari 2026 (Sabtu, 8:15 Pagi - 1:15 Tgh Hari)


Assalamualaikum anak-anak ibu,
Pernah terfikir mengapa jiwa dan kepimpinan Ibu Bapa sangat penting hari ini?
Sebab dunia hari ini semakin mencabar. Tekanan datang dari pelbagai arah — kerja, kewangan, teknologi, persekitaran sosial dan perubahan nilai yang pantas.
- Anak-anak Hari Ini: Ramai anak-anak membesar dalam dunia yang bising dan mencabar.
- Ibu Bapa Hari Ini: Ramai ibu bapa membesarkan anak dalam keadaan letih, tertekan dan keliru, walaupun dengan niat yang sangat baik.
Dalam keadaan ini, generasi tidak cukup dibina dengan:
• Kepintaran akademik semata-mata
• Disiplin luaran tanpa kekuatan dalaman
• Arahan dan kawalan tanpa kepimpinan jiwa
Apa yang sangat diperlukan hari ini ialah jiwa yang tegap dan kepimpinan yang sedar.
Dan jiwa seperti ini tidak lahir secara spontan.
Ia dibina — bermula daripada ibu bapa yang jelas, stabil dan sedar akan peranan.
Tentang Program Ini
Program ini ialah program kesedaran dan peneguhan jiwa ibu bapa, kerana generasi yang Qawiyy tidak dibina dengan teknik semata-mata, dan tidak juga dengan tips dan tricks.
Ia bermula dengan kejelasan jiwa dan kepimpinan ibu bapa, supaya tindakan, didikan dan disiplin yang dibina lahir daripada kesedaran — bukan paksaan.
Program ini bukan sekadar kelas teknik parenting.
Ia ialah kelas membina diri ibu bapa sebagai asas kepada kepimpinan keluarga dan pembinaan generasi.
Prinsip Teras Program
Ibu bapa yang tenang melahirkan anak-anak yang tegap dan berjiwa besar.
Untuk Siapa Program Ini?
Program ini adalah untuk:
✅ Ibu bapa yang gigih ingin membina generasi Qawiyy, namun sedang bergelut dengan keletihan emosi dan luka lama
✅ Ibu bapa yang mahu bijak mengurus diri dan keluarga dengan lebih tenang
✅ Ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja dan mahu memimpin mereka dengan lebih bijaksana
✅ Pasangan suami isteri, termasuk ibu bapa yang sibuk, yang mahu bijak mendepani cabaran keibubapaan
✅ Ibu atau bapa, atau kedua-duanya sekali, yang mahu menyelesaikan masalah anak-anak hari ini dari akar umbi, bukan sekadar mengubah simptom
✅ Ibu bapa muda yang anak masih kecil, tetapi mahu bersedia lebih awal sebelum berdepan cabaran yang lebih besar
Recommended Umur Yang Sangat Digalakkan: 28 – 45 tahun
Nota penting:
Program ini mengiktiraf bahawa ibu dan ayah memikul peranan yang berbeza dan saling melengkapi, bukan saling menyalahkan.
Masalah Teras Yang Diselesaikan
Program ini menangani akar, bukan simptom:
✅ Luka emosi lama yang belum disedari atau diselesaikan
✅ Keletihan emosi yang menyebabkan cepat marah, cepat penat dan mudah rasa bersalah
✅ Kekeliruan peranan dalam kepimpinan keluarga
✅ Hubungan ibu bapa–anak yang renggang walaupun tinggal serumah
Masalah ini bukan kerana ibu bapa gagal, tetapi kerana mereka tidak pernah dibimbing untuk berhenti, sedar dan membina diri terlebih dahulu.
Apa Yang Akan Dialami Peserta
Program ini tidak memaksa perubahan drastik. Ia memberi ruang, kefahaman dan peneguhan.
Peserta akan:
✅ Menyedari bahawa membina Generasi Qawiyy bermula dengan diri ibu bapa
✅ Memahami dan mendepani luka semalam supaya tidak diwariskan kepada anak
✅ Memahami fasa perkembangan anak dan remaja untuk membina kekuatan jiwa mereka
✅ Membina disiplin yang mendidik, bukan mematahkan
✅ Melihat keibubapaan sebagai tanggungjawab kepimpinan, bukan beban emosi
Pendekatan ini membantu ibu bapa meluruskan asas,
Sokongan Istimewa untuk Peserta
Ibu Rose tidak akan meninggalkan anda sendirian. Peserta yang bersedia akan menerima hadiah istimewa:
Program 7 Hari Pemantapan Diri (dipimpin oleh Ibu Rose)
Maklumat lanjut akan diberi semasa Program Membina Generasi Qawiyy
Siapa Ibu Rose?
Beliau adalah Family Guru yang telah berpengalaman lebih 35 tahun dalam bidang pembangun Famili dan Diri.
Beliau adalah penerima anugerah Ibu Inspirasi daripada MW & Nona, Women ICON Malaysia dan IKON Memperkasakan Ibu bapa & Keluarga.
Butiran Sesi Zoom Program Membina Generasi Qawiyy Bermula Dengan Jiwa dan Kepimpinan Ibu Bapa
Program Online Untuk Ibu Bapa| 5 Jam
Tarikh: Sabtu, 31 Januari 2026
Masa: 8:15 Pagi - 1:15 Tgh Hari (5 JAM)
Tempat: Zoom, 100% ONLINE (Link akan diberikan selepas pendaftaran disahkan)
 (1).jpg)
Jumlah Pelaburan RM67/pax. Early Bird sebelum 20hb Jan 2026 – RM57/pax
DAFTAR SEKARANG
(Early Bird hingga 20 Jan 2026)